Powered By Blogger

Saturday, July 31, 2010

Lawatan Ke SMS Labuan bersama 5 pelajar cemerlang Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010


Pada 22 -25 Julai 2010 telah diadakan lawatan ke SMS Labuan sebagai hadiah atas kecemerlangan 5 pelajar tingkatan 5 di Peperiksaan Pertengahan Tahun . Lawatan itu disertai 3 guru iaitu Pn Hajah Rafidah Hj Kemat, En Mohd Husin bin Abdul Rahman dan Pengetua Cemerlang ( En Karim bin Bayok). Di sepanjang lawatan itu pelajar tinggal di asrama sambil bertukar pandangan dan mengikuti segala program sekolah.

ceramah Fizik di Sekolah Menengah Sains Labuan


Pada 23 Julai 2010 seramai 66 orang pelajar tingkatan 5 di SMS Labuan telah didedahkan dengan teknik menjawab soalan Fizik sambil diberi motivasi untuk menghargai ilmu pengetahuan Fizik sempena program linkage SBPIS ke SMS Labuan. Gambar menunjukkan guru fizik SMS Labuan memberi cenderahati sebagai kenangan selepas program tersebut.