Powered By Blogger

Saturday, July 31, 2010

ceramah Fizik di Sekolah Menengah Sains Labuan


Pada 23 Julai 2010 seramai 66 orang pelajar tingkatan 5 di SMS Labuan telah didedahkan dengan teknik menjawab soalan Fizik sambil diberi motivasi untuk menghargai ilmu pengetahuan Fizik sempena program linkage SBPIS ke SMS Labuan. Gambar menunjukkan guru fizik SMS Labuan memberi cenderahati sebagai kenangan selepas program tersebut.

Sunday, June 27, 2010

26 Jun 2010 : bengkel teknik jawab soalan bersama guru cemerlang

Program ini sebagai perkongsian maklumat antara guru-guru fizik SBPIS dengan guru Cemerlang Fizik, Pn Hjh Rokiah Othman.Program bermula pada 9.00 pagi . Pelajar dan guru fizik SBPIS dapat maklumat yang banyak. Selain penceramah memaparkan cara menjawap yang betul ,pelajar dapat mengenalpasti cara belajar yang betul dan mendapat input apakah yang diperlukan untuk menghadapi SPM nanti. Tiada pelajar yang bosan. Yang membanggakan saya pelajar telah menunggu seawal 8 pagi di dewan . Siap berpakaian seragam , pakaian formnya. Terimakasih kepada form 5 2010 kerana menghadiahkan saya sehelai T-shirt pakaian seragam form 5. 2010. Insayallah akan cikgu kenang hingga akhir.

Thursday, March 11, 2010

ALHAMDULILLAH SYUKUR RESULTS SPM MENINGKAT. TAHNIAH

TAHNIAH !!!! KEPADA SEMUA EX STUDENTS SPM 2009 . SAYA BANGGA DENGAN KAMU. SEMOGA KAMU BERTERUSAN BERJAYA DALAM HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT. BUATLAH SUJUD SYUKUR . dOAKAN JUGA KESEJAHTERAAN GURU-GURU, IBUBAPA DAN UMAT ISLAM . terutama bilangan pelajar mendapat A dalam fizik meningkat dari 38 % ke 42.2 %. tahniah kepada semua guru fizik SBPIS . team work is the greatest effort.